Saturday, March 14, 2020

Cabaran Globalisasi


PENGENALAN

  Globalisasi berasal daripada bahasa Perancis, iaitu monodialisation yang pertama kali ncul di amerika Syarikat. Globalisasi bererti menjadikan sesuatu berskala antarabangsa, iaitu memindahkan sesuatu yang terbatas kepada menjadikan sesuatu supaya tidak terbatas. Dengan itu, globalisasi mencakupi penghapusan batas wilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi dengan menerobos pengaruhnya di seluruh dunia. Globalisasi merupakan agenda Barat untuk menguasai ekonomi dan politik dunia dengan mendesak negara membangun agar bersikap terbuka dari sudut pergerakan  pelaburan dan perdagangan.

 Kehadiran globalisasi tidak hanya memberikan impak negatif, bahkan positif, iaitu globalisasi memugkinkan pencarian, penyebaran dan pemindahan ilmu serta maklumat dilakukan dengan mudah, pantas dan murah. Hal ini demikian kerana satu darpada unsur dan pemangkin penting dalam era globalisasi masa kini ialah Internet. Melalui internet, segala ilmu dan maklumat yang dihasilkan di mana-mana sudut atau pelosok di dunia ini dapat dipindahkan dan diketahui oleh masyarakat di tempat lain. Keadaan ini dapat merapatkan jurang ilmu pengetahuan dan tamadun antara penghuni dunia.

 Globalisasi dengan kemudahan internet dan kemajuan perhubungan fizikal seperti kereta api dan perkhidmatan udara yang canggih dapat merapatkan perhubungan antarabangsa dan mewujudkan suasana saling memahami antara pelbagai masyarakat dunia. Keadaan ini dapat membantu ke arah keharmonian dan keamanan dunia sejagat. Globalisasi juga membolehkan keperluan penduduk dunia daris segi makanan, perkhidmatan dan keperluan lain dapat dipenuhi dengan murah dan mudah. Hal ini demikian kerana sesuatu makanan, hasil perkilangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan di sesuatu tempat di sesebuah negara mudah diperoleh di negara lain melalui perkhidmatan yang cepat, cekap dan murah.

Islam datang membawa syariat yang mulia lagi sempurna. Allah ‘azza wa jalla berfirman dalam kitab-Nya,

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (al-Maidah: 3)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun memberitakan tentang misi beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam diutus oleh Allah ‘azza wa jalla,

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ

“Hanyalah aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

(HR. Ahmad, Malik, dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dan dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam ash-Shahihah (1/75)

Akan tetapi, kemuliaan dan kesempurnaan syariat Islam tidak akan disadari dan diyakini selain oleh orang-orang yang diberi hidayah taufik dari Allah ‘azza wa jalla.

Apalagi di zaman sekarang, yang disebut era globalisasi dan teknologi informasi. Cepat dan dahsyatnya informasi ternyata tidak identik dengan kemajuan pada bidang yang lain. Terkhusus bidang agama, moral dan spiritual kaum muslimin secara umum dan generasi mudanya secara khusus telah dirusak oleh berbagai asupan yang bersumber dari media massa

RINGKASAN ARTIKEL 

Artikel 1


 Globalisasi dan Cabaran Pendidikan

Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik.
              Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini. Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia.
Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadi sekolah pilihan rakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan.
Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.

Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan.
 Artikel 2




PERANAN WANITA MELAYU DALAM PROSES PENJAGAAN IBU BAPA TUA: DILEMA DAN CABARAN DALAM ERA GLOBALISASI

Peningkatan bilangan warga tua (60 tahun ke atas) di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia semakin membimbangkan. Kepadatan penduduk warga tua di Malaysia dijangka akan meningkat kepada 2.2 juta orang pada tahun 2020. Statistik juga menunjukkan bahawa kadar kelahiran terus menurun beberapa dekad kebelakangan ini. Statistik ini menghuraikan satu fenomena global berkaitan dengan anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua mereka. Fenomena anak dewasa yang menggalas beban penjagaan (kerjaya, menjaga keluarga sendiri, dan menjaga ibu bapa tua) kurang dikaji dan diperbincangkan. Artikel ini meninjau pengalaman penjagaan yang dilalui oleh anak dewasa (wanita) yang menjaga warga tua dengan menggunakan teori peranan. Pengumpulan data telah dilaksanakan terhadap 8 orang responden menggunakan kaedah temu bual mendalam dan 399 orang responden menggunakan kaedah tinjauan. Hasil kajian daripada kedua-dua pendekatan menunjukkan bahawa wanita lebih banyak terlibat dalam penjagaan warga tua. Ibu bapa tua juga mengharapkan bantuan dan sokongan daripada anak perempuan. Fenomena ini boleh memberi implikasi kepada kerjaya wanita, keluarga dan pembangunan negara. Artikel ini merumuskan bahawa dalam era globalisasi, majikan perlu mengambil kira masa anjal di tempat kerja, peningkatan sistem sokongan formal dan informal bagi membantu wanita dalam mengharungi dilema dan cabaran penjagaan warga tua, anak, keluarga dan kerjaya wanita, di samping untuk mencapai masyarakat penyayang dan budaya ikram yang boleh dipupuk seiring dengan pembangunan negara maju.


Artikel 3


Pengaruh globalisasi terhadap masyarakat Islam mengikut pandangan Yusuf Al-Qaradhawi


     Istilah “globalisasi” bukanlah istilah yang kabur kerana ia boleh difahami melalui kesannya yang telah mempengaruhi umat Islam. Gelombang baru atas nama ‘globalisasi’ disebar ke dunia termasuklah dunia Islam. Selepas era penjajahan dunia barat ke atas dunia Islam, arus baru pula disasarkan. Kali ini ia lebih menyebarkan idologi dan gaya hidup yang mengelirukan umat Islam sehingga ada yang telah diperangkap. Ramai golongan pemikir dan ahli politik sering mengutarakan pandangan dan sikap apabila membahaskan isu globalisasi. Globalisasi ada baik buruknya dan masyarakat Islam tidak harus menerima secara bulat-bulatnya. Kajian ini bertujuan untuk meganalisa pandangan Yusuf al-Qaradhawi berkaitan dengan globalisasi dan penyebaran hegemoni barat terhadap masyarakat Islam serta mengenal pasti impak positif dan negatifnya terhadap masyarakat Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pandangan ilmuan Islam Yusuf Al-Qaradhawi terhadap pengaruh globalisasi dan penyebaran hegemoni barat terhadap masyarakat Islam. Kajian perpustakaan ini dijalankan untuk memenuhi tujuan yang tersebut di atas dengan menganalisa tulisan ilmiah dan pandangan-pandangan ilmuan yang berkaitan dengan pengaruh globalisasi terutamanya Yusuf al-Qaradhawi.Yusuf al-Qaradhawi menemui bahawa globalisasi ada kaitan secara langsung dengan sistem ekonomi kapitalis yang bertunjang dan berlandaskan prinsip dan nilai-nilai ekonomi terbuka dan berpihak kepada yang berkuasa yang sebahagiannya bertentangan dengan Islam. Ciri asas sistem ekonomi ini adalah mengenai penekanan mutlaknya kepada budaya kebendaan dan penafiannya terhadap nilai kerohanian dan nilai kudus. Ini jelas menunjukkan bahawa peringkat dasar lagi, objektif globalisasi ada juga bertentangan dengan keadilan sejagat. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Dunia Islam mungkin mendapat faedah daripada pendekatan pasaran bebas di peringkat antarabangsa melalui sistem ekonomi ini, tetapi faedah yang diperoleh daripadanya lebih bersifat pinggiran (marginal) dan kecil sahaja berbanding faedah yang berlipat kali ganda dikaut oleh para pengawal globalisasi itu sendiri iaitu negara-negara kaya.


OBJEKTIF KAJIAN 


1. Menganalisis cabaran globalisasi dan penyebaran hegemoni barat terhadap masyarakat Islam.

· Dampak Budaya Kebendaan Barat
Pengaruh dunia Barat berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya. Mereka juga telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia.

· Dominasi Politik
 Negara yang dikatakan merdeka masih terikat dengan telunjuk Barat dalam membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa. Majlis Keselamatan PBB merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting namun keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar.

· Dominasi ekonomi
Penjajah Barat telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semulajadi, pengeluaran hasil perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi sesebuah negara. Masyarakat di negara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mereka.

· Dominasi Media
 Dunia Barat melalui bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Agensi berita antarabangsa menentukan bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.
· Dominasi budaya
Antara pengaruh yang paling berkesan ialah dalam bidang hiburan. Gaya hidup barat yang berteraskan hedonisme melalui filem, muzik, nyanyian dan sebagainya telah tersebar luas keseluruh dunia.

2. Mengenal pasti impak positif dan negatif yang timbul dari pengaruh globalisasi terhadap masyarakat Islam.

· ( Impak positif ) - Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Media baru sebagai alat menyebarkan maklumat pada masa kini dilihat begitu berbeza dengan medium pembelajaran agama sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Oleh itu, terdapat beberapa isu utama yang menjadi cabaran dalam melebarkan dakwah melalui media

· ( Impak positif ) - Peluang yang lebih luas untuk masyarakat berinteraksi.
Pelbagai arena yang wujud telah memudahkan semua masyarakat untuk berinteraksi anatara satu sama lain. Dengan adanya globalisasi ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim saudara sesama Islam. Oleh itu, masyarakat dapat bertanya khabar dan merapatkan jurang perselisihan faham antara masyarakat.

· ( Impak negatif ) - Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi.
Para spekualsi telah mengakibatkan nilai mata wang sesetengah Negara jatuh merudum. Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan salah satu punca utama yang mendorong kepada kenaikkan kos sara hidup. Hal ini akan mewujudkan jurang perbezaan yang sangat ketara antara orang kaya dan orang miskin. 

· ( Impak negatif ) - Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat akibat amalan baharu yang menjadikan wang sebagai komoditi keuntungan.
Pengangguran kian memburuk dan jurang perbezaan pendapatan semakin melebar. Ini terutamanya di antara golongan kaya dan miskin di kebanyakan Negara terutamanya dia negara-negara utara.

· ( Impak negatif ) - Penyebaran budaya yang bertentangan dengan tuntutan nilai kerohanian dan moral yang murni. Merendahkan martabat keinsanan manusia. Kesan juga dapat dilihat kea rah pembentukan budaya global yang homogen serta penyebaran budaya pop Amerika yang “ menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”




3. Mengenalpasti ciri-ciri globalisasi terhadap masyarakat Islam.

Globalisasi menjadi suatu era yang mempunyai sifat dan ciri-ciri tersendiri sehingga mempengaruhi perubahan tempat, masa dan struktur masyarakat . Ciri-ciri tersebut adalah :


Bersifat tanpa batasan                                                                                                                                                                                                                                                                     
 Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yang bakal dimanfaatkan oleh manusia. Keadaan ini juga sebagai suatu proses, iaitu sempadan negara termasuk negara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatu unit.

Wujud unsur sains dan teknologi                                                                                                                                                                                                                                                       
  Sifat globalisasi yang berasaskan unsur sains dan teknologi merupakan tempias daripada     kehebatan serta kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi komunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Hal ini bermakna sesiapapun mana-mana terdedah kepada apa-apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat apa-apa tapisan secara berkesan.

 Wujudnya elemen dominasi (penguasaan)
                                                                                            
 Globalisasi juga bersifat dominasi, iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain . Elemen dominasi bukanlah suatu perkara yang baharu, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Hak ini demikian kerana pemikiran Barat ialah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah pinggiran. Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya, politik, ekonomi dan sebagainya.

Perubahan Dalam Konsep Jarak Ruang dan Waktu
Dengan adanya teknologi berupa televisyen, smartphone dan internet komunikasi dapat dilakukan secara cepat. Informasi-informasi dari satu dunia dapat diketahui secara langsung oleh masyarakat dari pelbagai tempat. Kemajuan dalam bidang transport juga membuat jarak ratusan atau ribuan kilometer dapat ditempuh dengan waktu beberapa jam atau hari saja.

Terdapat keterbukaan dalam pelbagai bidang
Keterbukaan dalam pelbagai bidang yang berlaku dalam era globalisasi sekarang, tidak dapat dipisahkan dari kemajuan dalam pelbagai bidang komunikasi dan maklumat. Globalisasi memang sama dengan era keterbukaan. Melalui pelbagai media masa, atau acara yang boleh diketahui sehingga kini dan seterusnya kerana kecanggihannya.


PERANAN UMAT ISLAM DALAM MENANGANI CABARAN GLOBALISASI



1.       Membangkitkan kesedaran

  Umat Islam perlu dikembalikan kesedarannya tentang identity serta peranan yang perlu dimainkan, iaitu sebagai hamba dan khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan dunia ini. Umat Islam perlu bangkit memperbaik kelemahan diri dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat dengan cara yang ditetapkan oleh syariat. Sifat terlalu berbangga dengan kelebihan kaum dan keturunan sendiri perlu diganti dengan berusaha mencipta kegemilangan yang baharu dalam bidang sains , teknologi, politik dan ekonomi seperti yang pernah dikecapi oleh masyarakat Islam terdahulu.

2.       Memantapkan akidah

Peranan utama masyarakat Islam hari ini adalah untuk memelihara, menjaga dan menegakkan akidah serta memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Dengan itu, dalam menghadapi gelombang globalisasi, umat Islam tidak seharusnya leka dan alpa kerana dapat meruntuhkan umat Islam sendiri. Oleh itu, umat Islam seharusnya saling mengingati antara satu dengan yang lain dan menyedarkan saudara seagama betapa pentingnya mempertahankan akidah, pemikiran dan budaya Islam agar tidak terpesong dan terpedaya dengan arus globalisasi yang boleh menghilangkan keistimewaan dan jati diri setiap individu Islam. Rentetan itu, sikap yang paling tepat dalam menangani arus globalisasi dan sekali gus berusaha menjauhi segala elemen negative sama ada dari segi kebendaan mahupun kerohanian dan menjadikan iman sebagai benteng utama.

3.       Menguasai aspek ekonomi
      
      Umat Islam perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan ekonomi seperti sistem perbankan, pelaburan dan pasaran saham dengan syarat tidak bertentangan dengan syariat Islam. Umat Islam ditekankan agar membuka mata dan minda supaya tidak lagi bergantung pada sumber ekonomi Barat terutama dalam aspek ubat-ubatan, makanan, persenjataan dan keperluan harian. Secara tidak langsung, penguasaan ekonomi dan kemahiran ini akan memberikan ruang agar kefahaman Islam dapat disampaikan secara meluas dalam kalangan masyarakat global.

4.       Menguasai ilmu pengetahuan
    
      Umat Islam hendaklah memajukan ilmu pengetahuan dan menguasainya sesuai dengan tuntutan zaman agar dapat menguasai sumber pendapatan dalam sektor pertanian, industri, pentadbiran dan pengurusan. Namun begitu, pengurusan ini tidak dapat dilakukan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengharungi cabaran dalam menuntut ilmu. Umat Islam boleh mengambil peluang globalisasi dengan menguasai pengetahuan pelbagai bidang sains, teknologidan TMK untuk menambah nilai dan membina jenama sendiri yang lebih baik.

5.       Menggunakan sepenuhnya kemudahan dan kemajuan teknologi     
Menjadi kewajipan ke atas masyarakat Islam untuk memanfaatkan bahan cetak, computer, radio, televisyen, saluran satelit dan sebagainya dalam usaha meyampaikan dakwah Islam dan memberi kesedaran tentang agama. Penggunaan media social untuk menyampaikan dakwah dapat memberikan impak yang lebih baik, khususnya terhadap golongan muda yang mudah terdedah dengan teknologi sebegini.

REFLEKSI KENDIRI

Artikel 1  Globalisasi ialah satu proses untuk letakkan dunia di bawah golongan yang sama tanpa batasan sempadan dan juga kedudukan geografi sesebuah negara tersebut. Proses ini akan mengakibatkan tiada lagi sempadan dunia di mana, sesebuah negara itu akan dibuka luas untuk dimasuki pelbagai maklumat menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi ialah fenomena yang menjadikan dunia semakin kecil dalam aspek perhubungan manusia akibat daripada kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Globalisasi memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk merasai sagala aspek kehidupan. Zaman sekarang, dunia semakin dikecilkan ruangnya yang menyebabkan rakyat dapat merasakan maksud globalisasi. Penyebab utamanya adalah letupan teknologi maklumat secara pesat. Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada globalisasi dan memberi tumpuan kepada globalisasi saintifik mahupun teknologi.


     Kewujudan rangkaian pendidikan yang lengkap membolehkan pendidikan jarak jauh. Walaupun pelaksanaan pendidikan jarak jauh akan dilaksanakan, ini tidak bermaksud pendidikan konvesional perlu dihapuskan. Ilmu yang tidak boleh dipelajari melalui kaedah teknologi maklumat, pendidikan konvesional boleh membantu. Prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadi sekolah pilihan rakyat. Sekolah ialah tapak semaian penting untuk memupuk perpaduan negara dan juga menyemai semangat integrasi nasional. Kualiti pengajaran dan pembelajaran serta peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan. Meningkatkan institusi latihan awam dan menggalakkan penyertaan sektor swasta dapat beri keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja. Kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan akan bertambah kerana ini akan menjadi alat bantuan mengajar yang boleh dipercayai. Alat bantuan ini akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita lebih jauh ke hadapan.     

Artikel 2 Peningkatan peratus dan bilangan warga tua dalam lingkungan 60-an di beberapa negara Asia Tenggara sangat membimbangkan terutamanya di negara Malaysia. Bilangan penduduk warga tua sering meningkat sebanyak 2.2 juta pada tahun 2020.Di samping itu, bilangan kelahiran generasi baru juga sering menurun, Hal ini disebabkan oleh golongan dewasa yang menjaga ibu bapa tua mereka. Artikel ini telah dikaji semula iaitu pengalaman penjagaan yang dialui oleh golongan wanita yang menjaga warga tua mereka. Golongan wanita terlibat dalam perkara ini iaitu dalam penjagaan warga tua mereka. Perkara ini adalah salah satu objektif and hasil daripada kajian tersebut. Dengan kata lain, ibu bapa tua mereka juga memerlukan bantuan dan sokongan anak perempuan mereka.Hal ini demikian, majikan mestilah mengambil kira masa yang sepatutnya dia tempat kerja, peningkatan system sokongan formal dan juga informal untuk menolong wanita yang mengharungi cabaran globalisasi ini. Selain itu, pemupukan seiring dengan pembangunan negara maju akan   mencapai masyarakat penyayang dan budaya ikram.



     Dalam cabaran globalisasi ini, kebudayaan barat banyak mempengaruhi kita yang menyebabkan para wanita diarahkan dalam kehidupan yang serba kemewahan kerana tuntutan zaman. Mereka juga diarahkan hidup dalam kehidupan yang lebih hedomis, serta menjadi manusia yang anti-sosial yang hanya menguruskan dirinya sendiri tanpa mengira orang di sekelilingnya. Wanita tidak mempunyai kebebasan dan hak untuk melakukan perkara yang diingini dan diminati oleh mereka. Mengikut pemikiran manusia, wanita hanya perlu melayani suami dan anak dengan baik tanpa mengambil kira tentang hal lain. Ini juga salah satu cabaran globalisasi yang sangat sensitive yang dihadapi oleh golongan wanita. Dengan erti kata lain, wanita pada zaman sekarang perlu menyumbangkan pelbagai idea yang mereka fikir tanpa ada diskriminasi pembahagian kerja untuk membangunkan lagi negara kita dan dapat menangani masalah cabaran globalisasi ini dengan lebih mudah. 

Artikel 3 -    Globalisasi boleh difahami melalui impaknya yang mempengaruhi negara Islam. Selepas tamat penjajahan dunia barat ke atas Islam, datangnya pula musibah yang lebih mengerunkan iaitu penyebaran gaya hidup barat yang kelirukan umat islam sehingga pengeliruan tersebut telah Berjaya memerangkap umat islam. Walaubagaimanapun globalisasi ini ada kebaikkan dan keburukkanya. Namun begitu, umat islam perlu mempercayai bulat-bulat yang akan menyebabkan umat islam terpedaya dengan ajaran barat. Dasar ciri-ciri system ekonomi ialah mengenai pemfokusan kepentingannya kepada budaya kebendaan dan penginkaran terhadap nilai kerohanian dan nilai keramat. Terbukti bahawa pada peringkat yang bawah lagi globalisasi bertentangan dengan keadilan alam semesta dan kenyataan tidak boleh dinafikan lagi.


     Cabaran globalisasi bukanlah satu isu yang senang untuk mengaharunginya. Ia biasanya tertumpu pada isu-isu ekonomi seolah-olah dimensi globalisasi yang lain seperti globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu pengetahuan dan maklumat tidak penting. Semua dimensi globalisasi, bukan sekadar dimensi ekonomi, adalah penting kepada masa depan masyarakat dan negara ini khasnya dan masa depan peradaban umat manusia pada armya. Secara relatifnya amat berkurangan isu globalisasi dibahaskan dari kacamatabudaya dan peradaban Malaysia. Yang menguasai wacana globalisasi di peringkat dunia ialah pandangan dan perspektif Barat. Kita perlu mengetengahkan perspektif Islam dan perspektif dunia Timur di peringkat antarabangsa secara yang lebih berkesan supaya masyarakat dunia berpeluang membandingkan antara satu perspektif dengan perspektif yang lain secara adil dan saksama.






KESIMPULAN 

  Umat Islam seharusnya mengambil sikap sederhana dengan berusaha mengambil manfaat daripada perkara yang baik dan menghindarkan diri daripada perkara yang buruk. Dalam era globalisasi, umat Islam perlu  menghadapinya dengan mengambil sikap menyaring yang baik dan saling bekerjasama untuk menghindarkan aspek negatif. Namun begitu, yang penting untuk umat Islam adalah sentiasa berusaha dengan meningkatkan kualiti dan potensi yang ada, mengerah segenap keupayaan dan tenaga serta bersatu menhadapi globalisasi. Kita juga mesti mengambil manfaat daripada semua mekanisme globalisasi dan peluang yang ada untuk menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia.

VIDEO








SUMBER RUJUKAN

  1. https://www.youtube.com/watch?v=fa4om9jGC24
  2. Buku teks Pengajian Islam 
  3. https://www.seputarpengetahuan.co.id/2015/05/pengertian-dan-ciri-ciri-globalisasi-di-dunia.html
  4. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58471/1/FEM%202015%2031IR.pdf
  5. http://cikgushirley.blogspot.com/2012/04/bab-8-globalisasi-barat.html
  6. http://www.malrep.uum.edu.my/rep/Record/my.upm.eprints.58471/Description#tabnav





 

No comments:

Post a Comment